PENGUMUMAN

Kepada pelanggan yg telah menempah tempahan, sila confirmkan tempahan anda dgn membayar sekurang2nya 50% dari harga tempahan!!! sekian terima kasih

Thursday, December 29, 2011

PRODUK BARU....

ASSALAMUALAIKUM....

Uolsss..., I dah ada produk baru iaitu AURALIFE!!! klu berminat nak tahu lebih lanjut sila ke golden touch bridal saya di sebelah kiri MY BRIDAL HAUSE...click di situ ya..Pasti anda teruja dengan produk ini....amazing uolsssss.......

Friday, December 16, 2011

WEDDING CAKE



Butter cake tempahan kak rubi bandar putera klang, untuk perkahwinan adiknya...selamat pengantin baru kpd pengantin. mintak maaf klu ada kekurangan. Thanks kak rubi sbb order....

Thursday, December 15, 2011

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA


hai uolss...

kali ni nak share sket apa itu SKM......jom baca!!!!

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

SKM kini menawarkan lapan (8) tahap persijilan iaitu :

SKM Tahap 1 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 2 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 3 - Peringkat Penyeliaan (SKM)
DKM Tahap 4 - Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M'sia)
DLKM Tahap 5 - Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran M'sia)
TKM Tahap 6 - Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran M'sia)
MKM Tahap 7 - Peringkat Teknologi Pakar (M'sia Skills Maister)
MTM Tahap 8 - Peringkat Senior Teknologi Pakar (M'sian Skills Technology)


Sijil Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

 Dibawah ni contoh Sijil Kemahiran Malaysia melalui 2 kaedah:-

 
Melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)- sesiapa yg dh ada pengalaman boleh amik sistem ni..x perlu masuk kelas..cuma kumpulkan bukti pengalaman anda!!!
 
 
kalau x de pengalaman pn x pa..tp kena la belajar n masuk kekelas...so ini lah sijilnya!!!...

Sumber :Laman web rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia http://www.dsd.gov.my/index.php?option=com_content&

Monday, December 12, 2011

PETI SEJUK TAK SEJUK!!!


Hello uolss...

Dah almost a week my fridge rosak..., x leh nk repair buat masa ni sbb x dpt lg spare part nya tuh...hopefully this week dapat la repair fridge I tuh..., sian fridge antik yg ada tu....., x terdayo dah katernyerrr....ko main sumbat jerrr yerr!!!!.(I dah tranfer suma sgala bagai....ke fridge antik tu...dahhh penuhhh...hehe)...tp klu ada yg nk order still boleh tp x leh byk2 la yer sbb fridge antik tu kecik jerr...hehehehe

Thursday, December 1, 2011

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN

Salam uolss..& very good morning...still awake @ 3.02am. x ngantok plak...esok I dh nk fly balik kpg, pas subuh nk ke sg buloh hantar kereta kt adik I, seb baik my sister willing to send us to komuter esok, rasanya cam jauh perjalanan sbb dr sg buloh transit di KL sentral then amik ERL ke LCCT. tp kira ok la tu drp drive ke utara uolss..it takes about 5 hours...klu naik flight smp penang rasanya 45 min jerrrr...hehe..x sempat nk tido uolss!!
sampai epot penang my parents beriya nk fetch weolss..., x yah membazir duit nk amik cab or limo katernyerr...
Ok la abah...I follow the order!!!..hehehe

eh dh tersasar jauh topik kita ni..., ok back in track, I sbenarnya nk me-war2 kan mengenai tawaran kursus kemahiran kt tempat I keje ni..:-( just copy paste ayat dr flyers)

Programme yang ditawarkan:-
1. Food & Beverage
2. Bakery
3. Pastry
4. Food Preparation (Cheff)
5. Automotif
6. Elektrik
8. Front Office Asst

Syarat Kemasukan:-
Minat dan berkeupayaan didalam bidang
Berumur 16 hingga 45 tahun
Warganegara malaysia

Pembiayaan:-
100% melalui PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

Tempat:-

SEGi Training Centre Pulau Indah
Klang, Selangor

Mengapa pilih KEMAHIRAN???
- Meningkatkan kerjaya sedia ada
- Peluang meningkatkan taraf akedemik
- Peluang kerjaya yang cerah
- Mewujudkan pekerja mahir yang berkelayakan...
- Ingin mempunyai perniagaan sendiri dan menjadi usahawan

Sapa yang berminat sila hubungi:-
En Yunazrie 017-2181458